Monday, 2 February 2015

Inside.

Seminggu yang memang perit untuk aku hidupkan. Tough, pale, rotten, dysfunctional, cold week. Aku harap dalam seminggu ni saja. Dalam detik minit bernafas oksigen yang dulunya aku rasa nikmat, bukan lagi jadi punca untuk aku terus bernafas dalam sedar. Ini buat aku lemah dan kuat berhibernasi dari biasa. Sebenarnya aku pernah rasa perkara seperti ini dulu..seingat aku. Memang aku kalah dengan frasa "kehilangan". Perkara yang kau takboleh halang. Logiknya, kau lemah. Tapi kadang kadang manusia tak belajar sesuatu dari masa lalu. Buatkan kau, dia atau semua orang jatuh dalam lubang yang sama. Oh god she was too innocent. Dan aku tak ada ketika dia didalam keadaan menyebalkan. Dan di titik ini, kau terlalu berat untuk mengatakan "tak, dia masih ada, ini semua satu kesilapan" dan macam macam lagi ayat penafian. Tak, ini bukan satu masalah. Ini kehidupan. Kehidupan itu masalah? 


Satu masa, aku rasa seperti mahu mati muda. Dan aku rasa dah cukup untuk semua ini. Cukup tentang kehidupan ini. Dosa dosa ini. Oh tak, ini bukan tentang masalah. Not worth dying for problems. Ini kehidupan. Entahlah. I dont know where I want to be now, not here, but not anywhere else either. Dan melihatkan sekali lagi kau bersedih, menguatkan lagi rasa ini. Merayu untuk tuhan kurniakan sesuatu seperti magis. Ya, aku pun pernah merayu. Dan tuhan tak atau mungkin belum kurniakan sesuatu. Tapi agak gila juga aku minta tuhan kembalikan yang dah pergi. Ya, tuhan boleh, tapi dah hukum kehidupan begitu, takkan tuhan nak lawan hukum dia sendiri. Maaf untuk jahil. Untuk prejudis, dalam perhubungan, mesti ada seorang asshole. Dan macam biasa, si asshole tu aku. For friendship sake, aku memang agak selfish dan hipokrit. Entahlah. Aku pun taktahu sejak bila aku suka cakap entahlah. Mungkin sebab aku takfaham aku. Atau aku tak faham orang lain. Hakikatnya, hanya manusia yang tak faham manusia. Atau mungkin aku terlalu bodoh. Dan aku kena cari manusia sebodoh aku untuk faham aku. Senang. Bodoh, stress hisap rokok macam seorang yang bodoh. Bodoh, bawa diri macam dah nak mati. But its okay since aku dah tak sentuh lagi benda benda kotor untuk berkhayal. Tapi, aku sendiri adalah kekotoran.


Aku taktipu, near death experience memang aku pernah lalui. Aku cuma perlukan waktu yang betul dan tempat yang tenang untuk mati. Kalau boleh make it fast dan hilang tak ada apapa berita. Aku pun tak ada apapa yang orang nak kenang kenangkan. I got nothing for you. Yang paling bodoh, aku belum bersedia untuk semua itu. Aku tak panggil ini berputus asa. Ini adalah sesuatu yang aku rasa. Dan aku taknak kau yang rasa perkara yang sama, nak apa yang aku nak. Ataupun, mungkin..dah tak ada kemungkinan dah.

Oh betapa aku ingin semua ini sebagai satu khayalan.

"Everything will be okay in the end. If it's not okay, then it's not the end." Kot? 

Oh. Dah februari. Its my month. Again. Goodbye for now for good.

Tuesday, 18 November 2014

PILIHAN

Di sebuah pondok usang. Atapnya tampak kebocoran. Juga tubuh seorang lelaki sedang mengeluh kekesalan. Dan suara suara tangis sang bintang. Yang disembunyikan awan hitam. Membawa titisan titisan hujan untuk dicurahkan. Ke bumi meresap ke dasar paling dalam. Lalu ia menaikkan petrichor yang harum. Terbang berselerak seperti debunga chandelion ditiup bayu petang. Hujan berhenti. Mungkin awan sudah kehabisan cecair acidnya. Ataupun berpindah ke pelusuk lain. Untuk seketika, atau selamanya. Lantas, lelaki itu bingkas bangun tanda mahu pergi. Dari dipeluk malam sepi. Dikoyak perasaan sendiri. Dilangkahnya sebuah memori untuk dia terus melangkah lagi. Sayangnya, dia cuma selangkah. Angin terus menerus menampar bayangannya. Kini, dia sudah jauh pergi. Yang tinggal cuma jejak kakinya. Pada lecak lecak tertinggal memoir yang tidak asing lagi. Tentang seorang lelaki di pondok usang yang sepi. Dan tangisan sang bintang yang bersembunyi. Dengan bahasa yunani, sekeping nota dijumpai keesokan hari.... " Ελευθερία ή Θάνατος " -merdeka atau mati-

Monday, 17 November 2014

Pisang goreng cheeseeeeee...

"Its complicated" kata rafael kepada una. "Aku dah kata jangan. Jangan. Kau degil, perkara macam ni suck." Begitulah perbualan dua orang kawan pada petang itu. Ianya meleret dari satu topik ke topik lain sehinggalah berakhirnya perbualan dengan pertanyaan dari raf "betul ke apa yang aku buat ni?" Dan masing masing senyap. Jalanraya pun kosong. Yang bergerak cuma dada masing masing dan daun daun pokok cherry jatuh ditiup angin atau mungkin sudah tiba masanya untuk mereput ditanah pula. "Kau tahu una...dia macam sesuatu yang aku perlukan ye lah macam yang semua orang perlukan." Raf berhenti sedut air coffee caramel aisnya sebelum menyambung kata kata. "Yang bila kau tengok macam kau tak perlukan dia, tapi dalam masa yang sama kehidupan dia lebih memerlukan dia...like I don't know..the question now is adakah aku ni adalah sebahagian dari kehidupan dia. Kau faham?" Dahi una jelas berkerut. "Maksud kau, your appearance in her life was a fault? Fuck pride lah raf!". Raf mengalihkan pandangan ke arah pakcik kedai sebelah yang sedang sibuk menggoreng sesuatu di dalam kuali panas. "Okay look una. She's like pisang goreng. Kau tahu..pisang goreng is my favorite rite. And then orang improvise, misalnya pisang goreng cheese. Gaddemit! Pisang goreng cheese is a masterpiese una..Pisang goreng boleh jadi apa apa tapi dia tetap pisang goreng yang asalnya cuma disalut tepung. Dan sampai bila bila, tetap ada orang yang makan pisang goreng. Tak kiralah tinggal aku sorang ke dalam dunia ni yang makan but ill never stop because it was my favorite. Dan aku pilih pisang goreng. And someday aku akan or perhaps belajar buat pisang goreng cheese tu..." Suasana sepi semula. Una cuma kacau kacau ais dalam cawannya. Raf berdiri lalu menepuk nepuk kemeja birunya yang agak fit tu. "Aku nak balik. Nanti sambung lagi naa." Una cuma mengangguk laju. Sebelum pergi, raf ke kedai pakcik sebelah tadi dan order sesuatu. Sambil menunjukkan simbol 'beres' kepada una. Dalam perjalanan balik, raf sedang makan pisang goreng cheese yang baru dibelinya. Sambil radio keretanya memutarkan lagu lagu dari the changchuters. Raf nampak terhibur. Dengan tangan yang berminyak dan dari gerak tari badannya. Keesokannya, didalam berita tv6. Seorang lelaki maut melanggar divider dan terbabas ke dalam sungai. Tiada dokumen pengenalan diri dijumpai. Yang polis jumpa cuma bangkai kereta kancil dan sebuah plastik berisi pisang goreng dipercayai diletakkan cheese yang sudah basi dan dirosaki virus influenza H, yang mengakibatkan sakit hati, putus harapan dan kemurungan berpanjangan.

Wednesday, 29 October 2014

Existential seorang lelaki

Aku sejuk. Aku menggigil. Ada titisan embun jatuh ke rambut yang terus meresap ke dasar kulit kepala sekaligus membuatkan aku lebih pasif. Sekarang 2;45 pagi. Cuma yang menemani aku bunyian bunyian cengkerik dan suara Pete doherty menyanyikan lagu music when the lights go out. Aku sebenarnya sedang berkhemah di laman rumah. Biar orang kata aku gila, biar jiran jiran ingat aku buang masa, tapi dengan cara ini saja aku dapat meraikan diri sendiri. Sebab aku selesa. Mereka akan terus anggap aku melarikan diri, hakikatnya aku masih disini. Aku kekedai membeli makanan ringan, sekotak besar air melon milk dan sekotak winston. Aku meraikan diri sendiri. Sempena apa pun aku tak tahu. Dengan selimut biru mak, aku selimutkan diri sendiri. Aku rasa seperti di syurga walaupun aku tak pernah jejak syurga pun. Lagipun, syurga bukan tempat aku. Track lagu aku dah bertukar tanpa aku sedar rupanya dari indie rock ke post rock. Tiba tiba aku rasa depress. Aku nyalakan sebatang cigar. Rasa dingin tiba tiba mencengkam. Dalam pandangan aku, kegelapan sedang cuba menutupi semua ruang. Kegelapan adalah kejahatan. Kejahatan adalah burung gagak. Burung gagak pula adalah kebencian. Aku mengalih pandangan ke lampu jalan pula. Aku rasa loser gila. Entahlah. Aku patut bunuh sesuatu yang ada dalam diri aku atau aku dibunuh dia. Aku rindukan waktu kecil. Ketika aku panjat banggunan Komtar sehingga tiba di rooftop dan jerit apa apa yang nak aku jeritkan ataupun membuat bunyian bunyian binatang yang tak dapat dikenalpasti. Ya, mungkin aku perlukan rooftop. Kerana salah satu hobi aku ialah menonton bintang dan jika tiada, aku akan membenci awan awan gelap malam yang menyembunyikan semua keindahan bintang. Dan malam pun terus melarut tanpa menghiraukan aku. Dalam samar samar cahaya, aku telah disisih oleh perasaan sendiri. Aku perlukan tidur untuk melihat malam malam seterusnya. Komputer riba terus menerus memainkan sesuatu melankoli indah. Aku terhibur dalam kegelapan yang aku benci...

Mogwai - take me somewhere nice.



Ghosts in the photograph
Never lied to me

I'd be all of that
I'd be all of that

A false memory
Would be everything
My denial, my eliminent

What was that for?
What was that for?

What would you do
If you saw spaceships
Over Glasgow?
Would you fear them?

In every aircraft
In every camera
And there's a wish that
Wasn't granted

What was that for?
What was that for?

Try to be bad
Try to be bad

Thursday, 23 October 2014

Sebuah cerita yang tak penting.

Hari ini hari Rabu. Aku keluar bersiar-siar. Tiba tiba aku dah taktahu aku dekat mana. Yang aku ingat, aku tak ingat apa apa dan macam mana aku boleh sampai sini, atas padang. Hijau dan berpasir pantai. Aku melihat dua ekor rama rama terbang laju, berputar putar, bertukar arus, berubah warna sesama sendiri.
Aku menyangkal pemikiranku yang mengatakan mereka sedang bergaduh.
Lalu aku berbisik..."Rama rama tak dicipta cantik untuk berlakuan sedemikian, rusak dan mencacatkan."

"Tak dicipta untuk rama rama."

Aku lihat rama rama tadi dan aku nampak kau.. Kau tak dicipta untuk ini, untuk itu. Kau tak dicipta untuk bersedih. Mungkin kau lebih petah jika kau gembira. Mungkin kau rama rama istimewa. Mungkin juga kau akan ditangkap jika kau bersedih. Dan manusia akan mula mengawet setiap sisi dan sayap kau yang halus itu. Kerana, kau dicipta bukan untuk melakukan sedemikian. Kerana kau rama rama istimewa. Mungkin bukan istimewa untuk semua. Tapi, pada aku.. dapat melihat rama rama istimewa adalah satu momen yang membuat hati kau mengepam lebih darah dan seterusnya membuatkan kau sukar berkata kata. Dan aku tahu, tuhan sedang mengajar aku sesuatu. Lalu, aku mendongak ke langit sambil lip-sycned "terima kasih"

"May the wings of the butterfly kiss the sun
And find your shoulder to light on,
To bring you luck and happiness
Today, tomorrow and beyond."

Saturday, 4 October 2014

Apa?

Apalagi.


Kehidupan. Hidupan. Hidup.

Kematian itu, kematian ini. Apalagi? Apa?

Kemiskinan itu, kemiskinan ini, kekayaan ini, kekayaan itu. Apalagi? Apa?

Peperangan itu, peperangan ini, peperangan ini, peperangan itu, selepasnya apa? Apalagi?

Pembodohan itu, pembodohan ini, pembodohan ini, pembodohan itu. Apa? Apalagi?

Korupsi itu, korupsi ini, korupsi itu, korupsi ini...hmm

Apa jadi ya sekiranya kehidupan tanpa semua ini? Selepas ini,itu. Selepas itu, ini. Aku dah muak. Aku rasa palat. Aku rasa bangang. Aku rasa meluat. Jelik. Tiba-tiba muncul seorang berwajah aku  menepuk bahu dan berbisik....



















'hey rileks bro, life is not that bad..'


Tuesday, 23 September 2014

That secret that we know, that we don't know how to tell

"Hey, do you hear that?"
What?
"Sound of water drops. It kills me."

"Hey, You know what? "
What? 
"The earth will destroy soon."

"Hey, whats on your shirt?"
What?
"Oh, its a blood stain. Hey, do you want to know a secret?"
Yes. What?
"The refrigerator is full with human flesh. Please keep it well."


Just a conversation of a maniac and his friend in the middle of the night. It was my secret. I was behind the scenes. Ssshuhhhhhhh