Monday 2 February 2015

Inside.

Seminggu yang memang perit untuk aku hidupkan. Tough, pale, rotten, dysfunctional, cold week. Aku harap dalam seminggu ni saja. Dalam detik minit bernafas oksigen yang dulunya aku rasa nikmat, bukan lagi jadi punca untuk aku terus bernafas dalam sedar. Ini buat aku lemah dan kuat berhibernasi dari biasa. Sebenarnya aku pernah rasa perkara seperti ini dulu..seingat aku. Memang aku kalah dengan frasa "kehilangan". Perkara yang kau takboleh halang. Logiknya, kau lemah. Tapi kadang kadang manusia tak belajar sesuatu dari masa lalu. Buatkan kau, dia atau semua orang jatuh dalam lubang yang sama. Oh god she was too innocent. Dan aku tak ada ketika dia didalam keadaan menyebalkan. Dan di titik ini, kau terlalu berat untuk mengatakan "tak, dia masih ada, ini semua satu kesilapan" dan macam macam lagi ayat penafian. Tak, ini bukan satu masalah. Ini kehidupan. Kehidupan itu masalah? 


Satu masa, aku rasa seperti mahu mati muda. Dan aku rasa dah cukup untuk semua ini. Cukup tentang kehidupan ini. Dosa dosa ini. Oh tak, ini bukan tentang masalah. Not worth dying for problems. Ini kehidupan. Entahlah. I dont know where I want to be now, not here, but not anywhere else either. Dan melihatkan sekali lagi kau bersedih, menguatkan lagi rasa ini. Merayu untuk tuhan kurniakan sesuatu seperti magis. Ya, aku pun pernah merayu. Dan tuhan tak atau mungkin belum kurniakan sesuatu. Tapi agak gila juga aku minta tuhan kembalikan yang dah pergi. Ya, tuhan boleh, tapi dah hukum kehidupan begitu, takkan tuhan nak lawan hukum dia sendiri. Maaf untuk jahil. Untuk prejudis, dalam perhubungan, mesti ada seorang asshole. Dan macam biasa, si asshole tu aku. For friendship sake, aku memang agak selfish dan hipokrit. Entahlah. Aku pun taktahu sejak bila aku suka cakap entahlah. Mungkin sebab aku takfaham aku. Atau aku tak faham orang lain. Hakikatnya, hanya manusia yang tak faham manusia. Atau mungkin aku terlalu bodoh. Dan aku kena cari manusia sebodoh aku untuk faham aku. Senang. Bodoh, stress hisap rokok macam seorang yang bodoh. Bodoh, bawa diri macam dah nak mati. But its okay since aku dah tak sentuh lagi benda benda kotor untuk berkhayal. Tapi, aku sendiri adalah kekotoran.


Aku taktipu, near death experience memang aku pernah lalui. Aku cuma perlukan waktu yang betul dan tempat yang tenang untuk mati. Kalau boleh make it fast dan hilang tak ada apapa berita. Aku pun tak ada apapa yang orang nak kenang kenangkan. I got nothing for you. Yang paling bodoh, aku belum bersedia untuk semua itu. Aku tak panggil ini berputus asa. Ini adalah sesuatu yang aku rasa. Dan aku taknak kau yang rasa perkara yang sama, nak apa yang aku nak. Ataupun, mungkin..dah tak ada kemungkinan dah.

Oh betapa aku ingin semua ini sebagai satu khayalan.

"Everything will be okay in the end. If it's not okay, then it's not the end." Kot? 

Oh. Dah februari. Its my month. Again. Goodbye for now for good.

No comments:

Post a Comment