Tuesday 18 November 2014

PILIHAN

Di sebuah pondok usang. Atapnya tampak kebocoran. Juga tubuh seorang lelaki sedang mengeluh kekesalan. Dan suara suara tangis sang bintang. Yang disembunyikan awan hitam. Membawa titisan titisan hujan untuk dicurahkan. Ke bumi meresap ke dasar paling dalam. Lalu ia menaikkan petrichor yang harum. Terbang berselerak seperti debunga chandelion ditiup bayu petang. Hujan berhenti. Mungkin awan sudah kehabisan cecair acidnya. Ataupun berpindah ke pelusuk lain. Untuk seketika, atau selamanya. Lantas, lelaki itu bingkas bangun tanda mahu pergi. Dari dipeluk malam sepi. Dikoyak perasaan sendiri. Dilangkahnya sebuah memori untuk dia terus melangkah lagi. Sayangnya, dia cuma selangkah. Angin terus menerus menampar bayangannya. Kini, dia sudah jauh pergi. Yang tinggal cuma jejak kakinya. Pada lecak lecak tertinggal memoir yang tidak asing lagi. Tentang seorang lelaki di pondok usang yang sepi. Dan tangisan sang bintang yang bersembunyi. Dengan bahasa yunani, sekeping nota dijumpai keesokan hari.... " Ελευθερία ή Θάνατος " -merdeka atau mati-

No comments:

Post a Comment