Wednesday 10 May 2017

Sebuah kamar dan lilin vanilla

Tiada terang dalam kamar
Hanya unggas berkumpul sendiri
Uang peras dibakar bakar
Tinggal harum vanilla mewangi.

Sedaya wujud rasa dihati
Membunuh hasad menyembah bumi
Bertuan tiada berantak teknologi
Kurang jatinya kuranglah merapi.

Sayang sayang dimana pagar
Untuk mencium pintu syurgawi
Diam diam semua dilanggar
Tinggal kamar dibiar sepi


Perempuan bermata redup

Siang itu aku bertanya 
Tentang perbezaan 
Mengapa wujudnya kamu
Seorang gadis bermata redup dan luluh
Hidup dan bersamaku
Sehingga lewat 
Dibawah teduhan hujan
Aku melihatmu dengan benarbenar
Tiada desing hujan lagi 
Tiada kebasahan lagi
Tiada kesejukan yang mencengkam tulang lagi yang aku rasa
Ketika aku menatap keluluhan itu

Wahai perempuan bermata redup
Jangan kau gusar lagi 
Akan hujan
Yang tiada alasan untuk berhenti
Akan ribut petir
Yang sering memekik dilangit pagi

Jelas sekali
Tiada jeda didalam rintikrintik ini
Seperti yang kau telah berjanji
Untuk tidak pulang tanpa kosong hati
Sehingga muncul matahari 
Tiada perbezaan yang kulihat lagi
Selain kesungguhan
Sepasang mata redup yang akan pergi.




Friday 20 May 2016

Owlivia

Owlivia
Jika kau mendengarkanku
Bersiullah buat kali terakhir
Dengan riang dan berirama.

Owlivia
Jika kau mendengarkanku
Peluklah aku dengan sayap yang menghangatkan
Dan menyenangkan.

Jika kau mendengarkanku, owlivia.
Di puncak gunung rindu yang semakin menebal dan ghairah debudebunya; aku bersamamu.
Namun tuhan punya rancanganNya tersendiri--Untuk mengajar makna kehilangan arah.
Jadi, tetaplah saja pendirianmu. Dan jangan pernah penat menunggu aku di dunia sana di atas JanjijanjiNya.

Owlivia jika kau mendengarkanku....berdamailah dengan kicauan paling indah; buat selamanya.

Friday 29 April 2016

Perjalanan panjang.

Jika membelok kepantai menenangkan, aku relakan. Bayu..bayu seakan taupan yang menampar mukaku; perlahan. Seakan melihat diriba punya bulan, seakan jasadku mati diapaapakan. Inikah bentuk peninggalan yang sering diberitakan. Langsung dikamus tertimbus disudut awan yang mengharap perjalanan berakhir tragedi menghampakan, meniup seruling perasaan. Gementar ditangan dijiwa jangan. Pasir pasir ini menelan. Seperti aku; akan hidup selamanya menacap nacap fikiran. Tentang kealpaan, persis pembunuh upahan; yang sering muncul lewat sore itu; Sungguh aku mangsa keadaan! Berteriak teriak tentang kita di bukit kejatuhan. Berbahasa bisu di keramaian; menopeng gerakan anti prinsipal; yang membutuhkan toleran. Dan bagaimana dengan rasa rasa ini, kawan? Datang tanpa soalan pulang tanpa jawapan. Tidak enak untuk berputus asa dengan harapan. Juga tidak enak berjalan tanpa teman bukan? Relevankah alasan? Lantas berdirilah aku. Pergi meninggalkan. Jejak yang tawar. Seperti yang telah engkau pohonkan. Agar aku dapat bebas dikemudian hari. Tanpa prejudis pada diri dan Kau; Tuhan.

Thursday 1 October 2015

Sembang siling: #01

Sekarang aku baru terjaga dari tidur dan masih berbaring diatas tilam dalam bilik sendiri selepas beberapa hari menganggur. Dalam pada masa yang sama sedang memandang siling bilik. Satusatunya masa kau nak pandang siling dan bersembang dengan fikiran kau; adalah ketika berbaring samada atas tilam atau lantai menjadi sebab tajuk artikel ini ditulis.
---
Sebenarnya aku tidaklah dikira menganggur sangat pun sebab aku adalah jugak buat beberapa perkara untuk fill my wallet, untuk cover bil bil api air rumah, namun begitu, dimata ibu ayah, aku masih seorang penganggur. Sebab apa? Sebab aku nampak pemalas dan suka tukartukar kerja selain keluar melepak sampai lewat malam. Tapi sebab utama dia mestilah sebab aku tak seperti yang mereka harapkan. Dan pada sisi aku pula, aku tak bahagia sedikit dengan perkara ni. Melihat anak lelakinya takbegitu hebat seperti anakanak orang lain yang baru lepas graduate terus kerja sedap. Aku bukan apa. Mungkin aku dinasibkan sekejap dalam 500 ribu graduan yang masih menganggur, yang mungkin masih berbaring di atas tilam bilik masingmasing. Gila. Aku=1/500000. Berapa peratus sangat tu? Aku gagal matematik, kau kiralah sendiri. 500ribu tu pun aku syak je. Entahentah lagi banyak. Entahlah. Aku dah cuba. Cari cari. Bila dah jumpa, tak syok pula. Ada tu, dah syok tapi macam gaji takberkat sangat. Tapi bukan itu isu yang nak disampaikan dekat sini. Isu paling utama. Adalah malaysia is out of job untuk graduan. Setiap tahun berapa ratus ribu graduan tamat belajar? Nak banding dengan jawatan yang ditawarkan. Naknak mengikut bidang yang kau belajar tu. Berapa peratus lah sangat, tu. Tengok tengok dah graduate, apply kerja kfc. Paling up pun jadi kerani. Seriously, takkira degree ke apa. Sama semua. I went to many interviews before and most of it got their degree dan apply untuk kerja yang orang ada PMR pun boleh try luck. Aku bukan nak downgrade orang cuma bila kau dah belajar penat berhabis duit untuk entah berapa tahun demi mengejar pekerjaan yang tak wujud pun, kau rasa macammana? Kau akan rasa loser. Tu belum cerita yang pakai orang "dalam" lagi. Kau habis pulun tunjuk skills experience semua tapi kau takdapat pun sebab kau dah kena sailang dengan merekamereka yang ada orang "dalam" ni. Lepastu, adil ke tu? Jujur ke? Dan mereka yang dapat ni cakap "ini semua rezeki" dan kawan sebelah kau pula akan tepuk bahu kau dan cakap "bukan rezeki kau, mungkin rezeki kau ada dekat tempat lain". Ini bukan soal rezeki. Ini soal kejujuran, adil dan samarata. Memilih orang yang betulbetul sesuai. No wonder lah jabatanjabatan kerajaan lembab. Semua bukan dari merekamereka yang layak. Perkara ini akan berlarutan sampai ke generasi generasi akan datang. Stereotype inilah yang akan merosakkan sesebuah jabatan atau organisasi sesuatu kerajaan tu.

"Tiap tiap sesuatu akan dihasilkan dalam kuantiti dan kualiti unggul apabila setiap orang bekerja mengikut kemahiran tertentu, selaras dengan kebolehan azalinya, dan pada ketika yang tepat tanpa menyibukkan diri dengan perkara yang bukan bidangnya" - plato.

Friday 10 April 2015

Ini mungkin perkara yang paling sampah kau pernah baca.

Kereta usang ini menyusur lebuhraya. Membuatkan jejaknya hilang di dinding dinding langit. Pekikan anjing jalanan menyalak melewati telinga. Di tengah tengah titik hitam carekawala bingit. Antara bandar besar bandar kecil yang terciptanya dari kabus. Dan bunyian unggas serta cahaya kunang kunang yang semakin mati dibara rokok ni. Cukup untuk merindukan matahari; yang kamu selalu canang canangkan kedatangannya. Atau dipondok kayu, yang punya lubang lubang kecil untuk cahayanya sampai ke lantai milik sang anai. Kita pula sentiasa asyik berbicara onar terhadap matahari yang cantik; bulan penuh yang bersifat seiring dan bintang bintang yang dipaparkan ke dunia. Seperti segalanya memberi petunjuk untuk terus berjalan . Jalan keluar tidak ujud untuk kamu, aku, kita semua. Perjalanan menuju ke selatan adalah satudua. Ke utara adalah satulima. Ke timur adalah satutiga. Ke barat adalah duapuluhdua. Semua jalan terbuka untuk langkah langkah kita. Satu detik pun ia tidak pernah tertutup. Yang tertutup, terkatup, terlangkup, terlancut, termangut itu cuma hati manusia. Kerana kita tidak pernah berkira kira untuk mengenal usia. Dan untuk itu, perbincangan tentangnya tidak akan pernah habis; walaupun dengan bantuan pendeta pendeta asing dalam diri kita. Dan cerita cerita dongeng yang mengajar untuk "buatlah apa yang kamu suka" dan "jangan melukai hati sesiapa".
Aku percaya dongeng. Aku belajar dari dongeng. Aku hidup dalam dongeng. Aku sendiri adalah dongeng bagi kau, atau dia. Ada satu dongeng yang enak untuk kita. Wujud seekor kurakura tua. Cengkerangnya diciptakan dari permata sejak dari awal dan ia tahu tentang; dunia dan semua sejarahnya, galaksi dan semua misterinya. Satu hari, datang seorang lelaki. Kedua mereka berbicara. Kurakura mahu berkongsi dengannya tentang masa depan dan bagaimana sesungguhnya alam berjalan. Oh, lelaki itu bunuh kurakura tadi, ambil cengkerangnya, dan dengan sebuah lagu dimulutnya dia beredar pergi, sekali lagi.
Tiada yang kamu boleh buat kerana lelaki itu sedang melakukan apa yang dia suka. Dan melukai itu kadang kadang jatuh ke tangga kedua. Oh, bertuahnya kita sebab kita boleh saja untuk lupakan sesuatu perkara. Oh betapa waktu waktu indah sedang menghukumku. Dia kata kau takboleh buat semuaorang happy.  Aku kata kau boleh paling tidak untuk happykan diri kau. Aku taktahu aku siapa, tapi aku tahu siapa aku pernah jadi. Kemana aku patut pergi dan kau cuma berharap untuk aku tetap pegun atau tetap terus pegun lebih kuat dan hilang. Aku teruskan sehingga ke esok hari. Ke bandar yang baru dan jalan jalan yang lain. Pergi ke beranda untuk sebuah pemikiran. Pergi ke pintu semula dan aku takpernah berhenti sejak itu. Kau taktahu dimana dan kau taktahu bila. Tapi, jangan risau. Kau masih punya katakata dan beberapa orang kawan. Berjalanlah ke hari esok. Kerja lebih keras. Lakukan ia dengan pelbagai cara. Siang semakin singkat, malam semakin dingin. Aku sukakan musim ini tapi tempat ini sudah terlalu tua. Aku bersiap siap dan menuju ke arah selatan. Ia mungkin tak jauh tapi bagi aku seperti inilah yang terjauh. Siang menjadi lebih panjang sedikit dan malam berbaur kehijauan. Aku tak terkejut kerana aku tahu musim luruh akan tiba. Dan aku harus beredar. Mulakan hidup baru. Walaupun itu bukan apa yang kehidupan minta. Tapi suara hati ni lebih kuat sehingga tak dengar lagi bisik bisik mulut. Ini bukan mimpi indah lagi. Beginikah ia sepatutnya berakhir atau yang seharusnya terjadi? Kehidupan orang lain nampak lebih menarik dan innocent sebab itu bukan kehidupan aku. Apa yang kau akan buat untuk kehidupan? Teruskan seperti biasa dan lulus kolej? Nothing's ever new in your life. Sekiranya kehidupan takkan cantik tanpa kesakitan, maka aku akan lebih suka untuk tak akan lihat cantik tu macammana. Sekali lagi. Aku tidak langsung menulis dengan bulir bulir airmata. Sebab si penulis sentiasa boleh untuk edit bahgian bahgian yang sedih sehingga semua orang ingat si penulis sedang sangat ceria. Satu rahsia, Si penulis tidak pernah gembira...

Mungkin tulisan ini akan tamat. Cerita cerita gembira akan tamat. Dongeng orang dulu dulu akan tamat. Tapi, percayalah pada satu perkara. Perjalanan ini(aku) tak akan pernah tamat. Semoga aku tak terlambat untuk mengucap selamat tinggal sebelum ke lahad.

Monday 23 February 2015

Rel besi, keindahan senja dan darah.

Dinasihatkan sebelum membaca entri ini, pastikan anda bukan dalam keadaan makan, minum atau mengunyah sesuatu. Sesiapa yang mempunyai lemah jantung atau tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengikuti, melayari, malah mencuba untuk membaca sekalipun entri ini. Jeling jeling pun jangan.


Sepasang rel keretapi membentang dari timur ke barat. Sejauh mata memandang, alam terlukis indah. Tuhan telah ciptakan kecantikan alam di sepanjang bentangan rel itu. Di kejauhan barat sana, kelokan rel menembus masuk panorama penuh pesona. Kini, di atas bentangan rel itu, perempuan muda yang sedang sarat, menjejakkan kakinya berjalan dari barat ke timur. Dengan berterompah, kedua kaki perempuan itu perlahan meniti sebatang rel. Ia seperti terhuyung, dan lantas menggapai keseimbangan. Ketawanya pecah renyah, di pagi nan cerah. Dan di kejauhan timur sana alam menyambutnya dengan rona keindahan memukau. Kepada lelaki terkasihnya, perempuan itu berkata, “wahai suamiku. Di sini dulu aku bersama sahabat. Berjalan antara menuju dan pulang sekolah. Kami lempar sepatu sejauh kami mampu. Lalu kami berlari secepat mampu di atas bentangan satu rel, demi mendapatkan kembali sepatu itu. Kami kembali lemparkan sepatu. Dan kembali kami kejar sepatu itu lagi. Di atas bentangan rel yang satu. Bertahun-tahun kami meniti rel ini, antara menuju dan pulang sekolah. Bertahun-tahun. Ya bertahun-tahun.” Lelaki kekasih perempuan itu terdiam, lantas turut menjejakkan kaki di atas bentangan rel sebelah kiri. Mereka kini saling berpegangan tangan. Saling menguatkan diri satu sama lain. Saling meniti rel, beriring gerak ke arah timur. Tawa kembali pecah renyah, di antara mereka berdua. Cakrawala pagi hari merona kian indah dan burung-burung bernyanyi kian merdunya. Kini perempuan itu bahagia seperti di masa kanak-kanak dulu.


Okay cut! Cerita ni nampak sangat memboringkan dan takde attack langsung. Sepatutnya cerita ni tentang seorang lelaki 20an yang sedang cuba cari arah hidup dan di suatu senja, langit sudah mula merah merah, dia yang tika itu memakai topeng berasaskan kulit manusia yang seakan badut, dijahit terus kedalam kulit mukanya, melalui sepanjang perjalanan stesen keretapi. Lalu, dia turun ke rel dan berlari ke arah kegelapan terowong yang akhirnya ada keretapi dari kejauhan sedang menuju ke terowong tersebut dan bang! Badan bersepai. Kepala berkecai. Otak terburai. Darah mengalir deras dan usus usus yang bertaburan di batu batu kerikil. Sehingga senja meranum, burung burung hering sudahpun selesai mematuk matuk cebis cebis daging terakhir. Tamat. Kesimpulannya, samada anda loya dengan cerita pertama atau cerita kedua, saya tak peduli sebab saya sendiri sedang berjalan ke arah timur, di atas rel menuju ke terowong gelap tersebut. Hei, ini adalah selamat tinggal yang tak terucapkan!