Thursday 1 October 2015

Sembang siling: #01

Sekarang aku baru terjaga dari tidur dan masih berbaring diatas tilam dalam bilik sendiri selepas beberapa hari menganggur. Dalam pada masa yang sama sedang memandang siling bilik. Satusatunya masa kau nak pandang siling dan bersembang dengan fikiran kau; adalah ketika berbaring samada atas tilam atau lantai menjadi sebab tajuk artikel ini ditulis.
---
Sebenarnya aku tidaklah dikira menganggur sangat pun sebab aku adalah jugak buat beberapa perkara untuk fill my wallet, untuk cover bil bil api air rumah, namun begitu, dimata ibu ayah, aku masih seorang penganggur. Sebab apa? Sebab aku nampak pemalas dan suka tukartukar kerja selain keluar melepak sampai lewat malam. Tapi sebab utama dia mestilah sebab aku tak seperti yang mereka harapkan. Dan pada sisi aku pula, aku tak bahagia sedikit dengan perkara ni. Melihat anak lelakinya takbegitu hebat seperti anakanak orang lain yang baru lepas graduate terus kerja sedap. Aku bukan apa. Mungkin aku dinasibkan sekejap dalam 500 ribu graduan yang masih menganggur, yang mungkin masih berbaring di atas tilam bilik masingmasing. Gila. Aku=1/500000. Berapa peratus sangat tu? Aku gagal matematik, kau kiralah sendiri. 500ribu tu pun aku syak je. Entahentah lagi banyak. Entahlah. Aku dah cuba. Cari cari. Bila dah jumpa, tak syok pula. Ada tu, dah syok tapi macam gaji takberkat sangat. Tapi bukan itu isu yang nak disampaikan dekat sini. Isu paling utama. Adalah malaysia is out of job untuk graduan. Setiap tahun berapa ratus ribu graduan tamat belajar? Nak banding dengan jawatan yang ditawarkan. Naknak mengikut bidang yang kau belajar tu. Berapa peratus lah sangat, tu. Tengok tengok dah graduate, apply kerja kfc. Paling up pun jadi kerani. Seriously, takkira degree ke apa. Sama semua. I went to many interviews before and most of it got their degree dan apply untuk kerja yang orang ada PMR pun boleh try luck. Aku bukan nak downgrade orang cuma bila kau dah belajar penat berhabis duit untuk entah berapa tahun demi mengejar pekerjaan yang tak wujud pun, kau rasa macammana? Kau akan rasa loser. Tu belum cerita yang pakai orang "dalam" lagi. Kau habis pulun tunjuk skills experience semua tapi kau takdapat pun sebab kau dah kena sailang dengan merekamereka yang ada orang "dalam" ni. Lepastu, adil ke tu? Jujur ke? Dan mereka yang dapat ni cakap "ini semua rezeki" dan kawan sebelah kau pula akan tepuk bahu kau dan cakap "bukan rezeki kau, mungkin rezeki kau ada dekat tempat lain". Ini bukan soal rezeki. Ini soal kejujuran, adil dan samarata. Memilih orang yang betulbetul sesuai. No wonder lah jabatanjabatan kerajaan lembab. Semua bukan dari merekamereka yang layak. Perkara ini akan berlarutan sampai ke generasi generasi akan datang. Stereotype inilah yang akan merosakkan sesebuah jabatan atau organisasi sesuatu kerajaan tu.

"Tiap tiap sesuatu akan dihasilkan dalam kuantiti dan kualiti unggul apabila setiap orang bekerja mengikut kemahiran tertentu, selaras dengan kebolehan azalinya, dan pada ketika yang tepat tanpa menyibukkan diri dengan perkara yang bukan bidangnya" - plato.


Lagilagi bila ekonomi jatuh. Merudum. Pemimpin pulak boleh selamber naikkan harga petrol. Yang menganggur pula dah pening kepala nak kena cari side income untuk isi minyak esok untuk lepak mamak. Sebab kalau duduk rumah je nampak sangat macam habiskan beras orang. Percayalah,manusia milenia ni dah taktahu nak benda apa. Dan sekarang merungut, Bila bekerja, tak ada life. Bila tak ada kerja, nak kerja. Bila nak kerja, kerja tak ada. Bila kerja tak ada, runsinglah sebab tak jadi macam apa yang mak abah kau nak.
---
Entahlah, mungkin kau belum habis usaha, sebab tu kau masih hidup sekarang. Dan masih berbaring. Bersembang dengan siling. Macam aku.

---

No comments:

Post a Comment