Thursday 23 October 2014

Sebuah cerita yang tak penting.

Hari ini hari Rabu. Aku keluar bersiar-siar. Tiba tiba aku dah taktahu aku dekat mana. Yang aku ingat, aku tak ingat apa apa dan macam mana aku boleh sampai sini, atas padang. Hijau dan berpasir pantai. Aku melihat dua ekor rama rama terbang laju, berputar putar, bertukar arus, berubah warna sesama sendiri.
Aku menyangkal pemikiranku yang mengatakan mereka sedang bergaduh.
Lalu aku berbisik..."Rama rama tak dicipta cantik untuk berlakuan sedemikian, rusak dan mencacatkan."

"Tak dicipta untuk rama rama."

Aku lihat rama rama tadi dan aku nampak kau.. Kau tak dicipta untuk ini, untuk itu. Kau tak dicipta untuk bersedih. Mungkin kau lebih petah jika kau gembira. Mungkin kau rama rama istimewa. Mungkin juga kau akan ditangkap jika kau bersedih. Dan manusia akan mula mengawet setiap sisi dan sayap kau yang halus itu. Kerana, kau dicipta bukan untuk melakukan sedemikian. Kerana kau rama rama istimewa. Mungkin bukan istimewa untuk semua. Tapi, pada aku.. dapat melihat rama rama istimewa adalah satu momen yang membuat hati kau mengepam lebih darah dan seterusnya membuatkan kau sukar berkata kata. Dan aku tahu, tuhan sedang mengajar aku sesuatu. Lalu, aku mendongak ke langit sambil lip-sycned "terima kasih"

"May the wings of the butterfly kiss the sun
And find your shoulder to light on,
To bring you luck and happiness
Today, tomorrow and beyond."

No comments:

Post a Comment