Wednesday 29 October 2014

Existential seorang lelaki

Aku sejuk. Aku menggigil. Ada titisan embun jatuh ke rambut yang terus meresap ke dasar kulit kepala sekaligus membuatkan aku lebih pasif. Sekarang 2;45 pagi. Cuma yang menemani aku bunyian bunyian cengkerik dan suara Pete doherty menyanyikan lagu music when the lights go out. Aku sebenarnya sedang berkhemah di laman rumah. Biar orang kata aku gila, biar jiran jiran ingat aku buang masa, tapi dengan cara ini saja aku dapat meraikan diri sendiri. Sebab aku selesa. Mereka akan terus anggap aku melarikan diri, hakikatnya aku masih disini. Aku kekedai membeli makanan ringan, sekotak besar air melon milk dan sekotak winston. Aku meraikan diri sendiri. Sempena apa pun aku tak tahu. Dengan selimut biru mak, aku selimutkan diri sendiri. Aku rasa seperti di syurga walaupun aku tak pernah jejak syurga pun. Lagipun, syurga bukan tempat aku. Track lagu aku dah bertukar tanpa aku sedar rupanya dari indie rock ke post rock. Tiba tiba aku rasa depress. Aku nyalakan sebatang cigar. Rasa dingin tiba tiba mencengkam. Dalam pandangan aku, kegelapan sedang cuba menutupi semua ruang. Kegelapan adalah kejahatan. Kejahatan adalah burung gagak. Burung gagak pula adalah kebencian. Aku mengalih pandangan ke lampu jalan pula. Aku rasa loser gila. Entahlah. Aku patut bunuh sesuatu yang ada dalam diri aku atau aku dibunuh dia. Aku rindukan waktu kecil. Ketika aku panjat banggunan Komtar sehingga tiba di rooftop dan jerit apa apa yang nak aku jeritkan ataupun membuat bunyian bunyian binatang yang tak dapat dikenalpasti. Ya, mungkin aku perlukan rooftop. Kerana salah satu hobi aku ialah menonton bintang dan jika tiada, aku akan membenci awan awan gelap malam yang menyembunyikan semua keindahan bintang. Dan malam pun terus melarut tanpa menghiraukan aku. Dalam samar samar cahaya, aku telah disisih oleh perasaan sendiri. Aku perlukan tidur untuk melihat malam malam seterusnya. Komputer riba terus menerus memainkan sesuatu melankoli indah. Aku terhibur dalam kegelapan yang aku benci...

Mogwai - take me somewhere nice.



Ghosts in the photograph
Never lied to me

I'd be all of that
I'd be all of that

A false memory
Would be everything
My denial, my eliminent

What was that for?
What was that for?

What would you do
If you saw spaceships
Over Glasgow?
Would you fear them?

In every aircraft
In every camera
And there's a wish that
Wasn't granted

What was that for?
What was that for?

Try to be bad
Try to be bad

No comments:

Post a Comment