Saturday 16 March 2013

#SuratUntukDiri

Kepada : … .Kau…

Surat ini aku tulis atas keinginan sendiri. Untuk memujuk hati yang belum lagi suci. Sebelum ianya bertukar menjadi batu. Batu hitam. Sehitam batu marmar. Jadi. Boleh kita mula sekarang ?

Kehadapan Aku..

19tahun kita hidup bersama. Menghidupkan suasana dunia. Gembira. Tiada batasan tiada benteng tiada had. Lantas begitu mudah kau melupakan kewujudan neraka. Tapi pernahkah kau terfikir ? Yang aku dan kau yang mana dalam satu jasad yang sama ialah seorang hamba. Ya kita Cuma hamba. Di dunia pencipta.

Mari kita sama sama putarkan sedikit masa silam kau..

Cuba lihat. Keseronokan dan kemewahan kau. Pelbagai versi wajah ceria kau memenuhi sudut . Tapi sayang semua gelak ketawa kau diiringi catitan malaikat sebelah kiri kau. Kau lalai. Kau kerap lupa. Kerap sangat. Kau kena ingat. Kita ini dicipta beragama. Ada benda yang kita kena bawa masa menghadap pencipta sana…

Satu lagi perkara. Malas. Setiap masa, setiap hari malah setiap hembusan kau dibayangi rasa malas. Kalau kau rajin dulu, mesti sekarang hidup kau dah lain. Mungkin tiadalah wujudnya surat ini atas sebab kau masih seorang pemalas. Sadarlah. Perasanlah. Bangunlah. Kau bukan lagi seorang bayi yang hanya tahu didukung dan dimanjakan saban hari. Kau ada matlamat. Ada cita cita, impian yang perlu di usahakan. IbuAyah dekat rumah taruh harapan tinggi dekat kau. Jangan kecewakan. Tolong jangan sesekali…

Aku harap kau faham setiap bait bait ayat yang telah aku karang sebentar tadi. Apakata kau mula “transform” sekarang untuk dua perkara ni dulu? Sementara malaikat penarik ajal belum dapat arahan dari yang maha Mulia…

Yang ikhlas,
Aku masa hadapan(Robo)                                                                                                                                                     
Saturday.16March

No comments:

Post a Comment