Saturday 23 November 2013


Cerita ini bukan lah berkisarkan seorang mamat ber spek mata tebal dan bukunya. Bukan juga tentang makwe menstrim yang bermimpi ingin berkhawin dengan hantaran mahal mahal sedang dia sendiri tahi twitter. Adapun cerita ini ialah untuk menyedarkan remaja remaja tentang pentingnya alam sekitar kita, kaktus contohnya. Mana ada orang ambik port lagi pasal kaktus, makcik makcik pun sekarang lebih kearah scene bonzai yang entah apaapa. Mereka kata "dik, ini zaman milenia" ini cerita tentang seorang remaja yang cuma ada kapcai dan helmet kura kura, berjeans lusuh dan koyak poketnya. Sering bergaya bersama jaket kulitnya jenama bell, bekas peninggalan arwah ayah dia. Nama dia atan, atan seorang pemotong ayam di pasar pagi. Bayangkan je lah atan ni seorang yang kurus berwajah cengkung yang selalu disalah anggap orang kampung sebagai penagih,perogol dan apa apa lagi yg boleh masuk dgn muka atan. Tapi, atan cool, steady potong ayam setiap pagi pasar isnin khamis, hari hari lain atan ambik upah orang ngecat rumah. Atan cuma seorang remaja biasa berumur awal 20an yg terperangkap dalam schizophenia dia sendiri. Atan kadang kadang ditangkap seperti sedang berbual sorang2. Atan tak gila. Dia cuma tertekan dengan hidup, melihat kawan kawan sebaya dia si rashid dah pakai satria neo semenjak join bisnes mlm yg pernah kecoh satu masa dulu. Atan bukan taknak join, cuma waktu tu atan takda modal. Seorang lagi kawan baik atan, Irfan, dah ada kedai western sendiri, sibuk sentiasa, takada masa langsung nak melepak, ye lah sibuk sibuk dia pun, duit tetap melimpah. Atan masih mengikut arahan tauke ayam. "fuck!, I'm pissed" Nak dijadikan cerita, satu hari atan datang pasar pagi isnin, pagi tu suasana macam biasa seperti yang dia tinggalkan minggu lepas, takda apa yang berubah...bising dengan laungan peniaga peniaga yg cuba mencuri perhatian membeli..lain peniaga lain umpannya. "haa bang! Haa akak! Singgah singah Kak! Bang!" "haa dik! Ikan fresh ni dik! Tengok tengok dulu!" "sayur bang, Kak, 2kilo 5ringgit jer, baru petik semalam ni" Tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan.. "dik singgah dik dulu, ajak akak tu sekali, abang ni single lagi. Hikhik" "mak, abang tu ajak gi kedai dia.." Kadang kadang peniaga peniaga pasar ni bosan, mereka mahukan hiburan, so secara tak langsungnya berhibur dgn kastemer telah pun menjadi satu kebiasaan bagi mereka. Haa..pasal atan tadi, dia nampak dekat kedai dia ada satu perubahan. Perubahan yang bagi dia paling takboleh terima. Pisau pemotong ayam kesayangan atan dah takde pagi tu, dan juga kayu balak alas potong ayam tu. "celaka! Siapa rembat pisau gua ni? Ke ada manusia diorang dah tahu harijadi gua nak dekat ni..ah apa gua nak buat ni? Nak control steady ke nak gelabah..kalau gua gelabah gua kena beb, memang kena!" atan memilih untuk bertenang. Tapi untuk dua minit seterusnya atan mula berang bila nampak satu mesin pemotong ayam yang paling latest keluaran syarikat Sanyo. Masih berkilat dan tajam. Tajam dia sampai tahap nampak bilah pisau mesin tu seperti mengeluarkan bunyi 'shringg! shring!' Atan jumpa pisau dia dalam kotak putih tempat untuk simpan barang barang. Atan mula tak keruan. Timbul sifat rebel dalam hati, sambil terkumat kamit mulut dia memaki maki. Marah betul dia bila pisau pemotong yang dia dah guna untuk potong ayam selama beberapa tahun tu dah tak boleh nak berkhidmat. Atan pun apa lagi, dengan amarahnya mengangkat pisau tinggi tinggi. Sambil tersengih "hehehe korang tak tahu apa akibatnya buat gua marah ni hehehe.." - - - suasana pasar hinggar binggar. Yang ada cuma bunyi bunyi besi penggantung daging lembu yang sudahpun berkarat, berhayun kiri dan kanan seolah seolah disentuh keras. "Kriuukk..kriuuukk..." Diselangi erangan erangan sayup.. Bau yang aneh muncul disekitar pasar pagi itu. Hanyir! Lantai lantai pasar seperti disimbah cecair pekat likat berwarna merah.. Segalanya statik, tidak bergerak dan seolah mati. Cuma ada satu susuk tubuh tanpa baju, ditangannya ada sebilah pisau yang masih menitik nitik cecair merah dibadannya. Kakinya menggeletar menunjukkan dia baru melakukan sesuatu yg sangat tidak disokong akal fikirannya. Nafasnya cungap cungap. Ada peluh peluh mula membentuk didadanya. Titisan kecil bercampur yang kecil dan menjadi besar lalu mengalir ke arah pusat. Ada senyuman yang terukir dibibir hitamnya.. "hehehe...hehehe...hahaha! Padan muka korang! Padan muka engkorang!!! " laung susuk tubuh itu lantang. Tiba tiba... Bang! Bang! Dua das tembakan dilepaskan. Tepat kena dada atan. Atan rebah diatas lantai bersama darah dan airmata... "fuck! I'm dead."

No comments:

Post a Comment